DEFINISI AKHLAK
Akhlak berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang
bererti tingkah laku, perangai atau tabiat. Menurut Iman Al Ghazali,
akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati
dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan
pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar
dalam membentuk tingkah laku manusia.
Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah
berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : “Akhlaknya (Rasulullah)
adalah al-Quran.” Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas
ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw
yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.
“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu
kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Ar-Ra’d: 11)
Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan.
(Ar-Ra’d: 11)
Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan.
KONSEP PEMBENTUKAN AKHLAK
Terdapat dua nilai yang menentukan perbuatan
manusia iaitu nilai baik dan buruk serta betul dan salah. Segala tindakan
manusia yang dilakukan secara sedar atau tidak dinilai dari segi hubungan
mereka dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar,
hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya. Segala tindakan manusia
mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada
mereka. Jika manusia mengamalkan akhlak yang buruk, mereka akan dikenakan azab
di akhirat. Jadi akhlak yang baik hanya terikat dengan perbuatan dan tindakan
manusia seperti berikut:
1. Dilakukan dengan sedar dan niat.
2. Dilakukan dengan ikhtiar sendiri.
3. Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan
lupa atau bersalah.
PERBEZAAN
AKHLAK, MORAL, ETIKA
AKHLAK
|
MORAL
|
ETIKA
|
|
Definisi
|
Suatu keadaan atau sifat
dalaman
|
Tingkahlaku yg sejajar
dengan tatasusila dan peraturan masyarakat
|
Set peraturan dalam sesuatu masyarakat
|
Fokus
|
Menjurus kepada keadaan dalaman(hati)
seseorang yang akan membentuk tabiat luaran menerusi perbuatan.
|
Lebih menjurus kepada amalan dan perlakuan luaran
yang dizahirkan seseorang.
|
Satu set peraturan yang berkait rapat dengan
nilai-nilai moral serta kebiasaan sesuatu masyarakat.
|
Sumber
|
Bersumberkan al-Quran dan As-Sunnah
|
Pengamatan atau pengalaman individu atau
sesuatu kelompok masyarakat.
|
Tingkah laku atau kelakuan manusia
|
Ciri-Ciri
|
|
|
|
Contoh
|
|
|
|
KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN
Keteguhan umat Islam terletak
pada akhlak mereka. Jadi akhlak perlu dijaga dengan betul bagi mengukuhkan
suatu umat tersebut. Antara kepentingan akhlak dalam kehidupan adalah:
Negara
- Melahirkan umat yang
bertamadun dan dihormati. Hal ini dapat dilihat kerana akhlak yang baik
dapat mewujudkan sebuah tamadun yang bertahan lama. Sebagai contoh,
Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan akhlak mulia sehingga mampu
menarik hati masyarakat terdahulu untuk memeluk islam.
Keluarga
- Akhlak juga dapat membina sebuah keluarga yang sejahtera. Keluarga
yang aman harmoni dibina dari akhlak yang mulia dan dijamin memperolehi
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Individu
- Akhlak juga menjadi lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan
kealiman seseorang manusia yang berakal. Ini dapat dibuktikan melalui
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " orang yang sempurna imannya
ialah orang yang paling baik akhlaknya".
IMAM AL-GHAZALI
Nama
|
Abu Hamad bin Muhamad bin Muhamad bin Ahmad Al-Ghazali
|
Gelaran
|
Al - Ghazali
|
Lahir
|
Al – Taabirau Ghazalah di Bandar Tus, Khurasa pada 1058 M
|
Wafat
|
Tus pada 1111 M
|
Etnik
|
Parsi
|
Karya
|
Ihya Ulumiddin, Al-Munqiz Min Ad-Dalal, Mizauul-Amal, Tahafut
Al-Falasifah, Hidayah Al-Salikin
|
Teori
Pembentukan Akhlak
Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam
dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
Beliau mengkonsepkan akhlak
bermaksud akhlak atau moral tidak boleh dipisahkan kerana setiap perbuatan yang
diambil tidak terlepas daripada hukuman sama ada terhadap diri/orang lain/benda
lain iaitu adakah baik atau tidak tindakan tersebut. Akhlak dalam kehidupan
manusia adalah sangat penting sehinggakan orang yang tidak bermoral merasakan
perlu adanya suatu akhlak yang diakui oleh mereka supaya kehidupan menjadi
lebih baik. Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau
jasad yang tidak bernyawa.
IMAM IBN
MISKAWAYH
Nama
|
Ahmad Ibn Muhammad Miskawayh Razi
|
Gelaran
|
Ibn Maskawayh
|
Lahir
|
Kota Iran pada 932 M
|
Wafat
|
Isfahan , Iran pada 1030 M
|
Etnik
|
Parsi
|
Karya
|
Tadhib al-akhlaq , Al Fawz al-Asghar , Tarajib al umam
|
Teori
Pembentukan Akhlak
Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak
ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan
tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
Ibnu Miskawayh memberikan pengertian
akhlak sebagai keadaan jiwa yang mendorong manusia untuk melakukan
perbuatan tanpa difikirkan sebelumnya. Menurutnya ada dua faktor
yang menjadi dasar pendidikan iaitu agama dan ilmu psikologi. Menurut
Ibnu Miskawayh setidaknya
ada tiga komponen penting agar pendidikan berjaya sebagaimana yang diharapkan,
iaitu berhubungan dengan pendidik dan anak didik dan cara pendidikan akhlak.
Dalam proses pendidikan diperlukan pendidik yang terhormat, berwibawa, arif
dalam masalah agama, dan mengetahui ilmu psikologi dengan baik. Cara pendidikan
yang efektif menurutnya iaitu dengan cara semulajadi atau menemukan
kecenderungan anak didik, bimbingan, dan hukuman. Hukuman juga digunakan
sebagai jalan terakhir untuk mendidik jika cara-cara lain kurang efektif.
RUJUKAN