Thursday, January 16, 2020

BERCAKAP PERKARA YANG SIA-SIA


PENDAHULUAN
Banyak berbicara akan menyebabkan seseorang itu cenderung untuk bercakap sesuatu yang sia-sia.
Akhirnya akan membawa kepada perbuatan mengumpat, menfitnah, mencela dan menyakiti orang lain yang akhirnya akan memjerumuskan kita ke arah perbuatan dosa dan maksiat. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya” - Surah Al-Isra’



CARA MENJAGA PERTUTURAN



  1. Bercakap perkara yang benar
  2. Bercakap perkara yang baik. Lebih baik diam dari berkata sesuatu yang sia-sia.
  3. Bercakap tentang perkara yang berfaedah.


KESAN BERCAKAP PERKARA YANG SIA SIA


  1. Menjadikan hati keras serta membawa akibat buruk kepada seseorang. Natijahnya, mereka akan suka dan gemar kepada perkara haram, bercakap yang sia-sia, mendengar dan melakukan perkara buruk kerana menjadi permainan syaitan.
  2. Menyebabkan manusia menghidap dua penyakit bahaya iaitu syubahat dan syahwat. Manusia akan dibayangi penyakit waswas terhadap kewajipan dilakukan. Meragukan terhadap ibadah yang kita lakukan ketika sedang dan selepas beribadah.



HIKMAH MENJAGA PERTUTURAN
Allah SWT menjamin syurga
Terhindar dari api neraka
Menunjukkan kemuliaan
Seorang yang soleh yang mampu menjaga lisannya untuk selalu digunakan untuk menyampaikan kebaikan, atau lebih baik diam daripada menyuarakan keburukan, maka Syurga lah yang akan menjadi jaminan dari Allah SWT untuknya.
Dalam sebuah hadits disebutkan, “Takutlah pada neraka, walau dengan sebiji kurma. Jika kamu tak punya maka katakanlah yang baik.” (Mutafaq ‘alaih). Maksud dari hadits tersebut adalah bahwa Allah telah menciptakan neraka sebagai balasan bagi mereka yang suka berbuat keburukan dan kerosakan selama hidupnya di dunia, termasuk berkata kufur kepada atau tentang Allah SWT.

Seseorang yang selalu menjadi tauladan terbaik kita, Rasulullah SAW, telah mencontohkan bagaimana orang begitu menghormati dan memuliakan beliau kerana terjaganya lisan beliau. Gelaran Al-Amin adalah sebuah gelaran yang tidak main-main. Julukan yang berarti “Orang Jujur” tersebut disematkan kepada Rasulullah sejak beliau masih muda, baik kaum Muslimin maupun kaum kafir mengakui kejujuran dan kesantunan tutur kata Rasulullah SAW.

 

SEBAB SEBAB DIBOLEHKAN MENGUMPAT  

Mengumpat adalah perkara mazmumah yang telah membarah dalam masyarakat. Ia boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat dan boleh mencetuskan perbalahan.
Walaupun kita mengetahui bahawa mengumpat adalah perkara yang haram, tetapi tahukah anda mengumpat juga dibenarkan syarak dalam kes-kes tertentu?

#1 – Apabila Berlaku Penganiayaan

Sesiapa yang mendapati dirinya dizalimi dibenarkan mengumpat dan menceritakan kepada hakim tentang penganiayaan yang dilakukan ke atas dirinya.

#2 – Membantu Mencegah Kemungkaran

Contohnya seorang pelajar mengumpat sahabatnya kepada ustaz di sekolah dengan tujuan agar si ustaz mampu mencegah perilaku buruk sahabatnya.

# 3– Mengambil Sikap Berjaga-Jaga

Jika contohnya jika kita menyebut tentang keaiban seorang pemuda yang menagih dadah kepada jiran baru kita. Hal ini perlu didedahkan supaya mereka boleh berjaga-jaga sekiranya si pemuda itu bertindak di luar batasan atau akan memudaratkan mereka.
Dalam hal ini kita tidak boleh berdiam diri kerana ianya membabitkan soal keselamatan dan keharmonian hidup berjiran.

# 4- Sebagai Tanda Pengenalan

Dalam hidup kita, ada insan yang diuji Allah dengan kekurangan yang terdapat pada fizikalnya. Contohnya tempang, pekak ataupun buta.
Orang yang berkenaan tidak akan marah kerana sudah mahsyur dengan gelaran tersebut. Contohnya:
Karim: “Samad, siapa yang jadi imam masa solat subuh tadi?”
Samad: “Oh! Pak Mat tempang. Awal betul dia sampai pagi tadi.”
Justeru, penggunaan ‘Pak Mat tempang’ adalah dibenarkan meskipun ia menggambarkan kekurangan fizikal beliau. Walaubagaimanapun jika ada panggilan yang lebih baik dan masih senang untuk beliau dikenali, maka panggilan itulah yang harus diutamakan.

#5 – Pelaku Maksiat Terang-Terangan

Mengumpat juga dibolehkan kepada orang yang melakukan kejahatan secara terang-terangan. Contohnya Ariel Sharon dan Bashar Al-Assad, mereka adalah antara golongan yang terang-terangan berbangga diri dengan kejahatan mereka membunuh saudara muslim kita di Palestin dan Syria.
Dalam konteks ini, keburukan mereka boleh disebarkan agar sebagai muslim, kita tidak mudah terpedaya dengan agenda musuh yang sering memerangi Islam.





Friday, January 3, 2020

APA ITU ZUHUD?



Video berkaitan Zuhud : https://youtu.be/NFPz1Wp6F6o

DEFINISI ZUHUD

Perkataan zuhud dipetik dari perkataan bahasa Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaan dan kekurangannya. Dari segi istilahnya, zuhud ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat dan mendekatkan diri dengan akhirat.

Imam Al-Junaid mengatakan :


' Orang yang zuhud tidak menjadi bangga kerana memiliki dunia dan tidak menjadi sedih kerana kehilangan dunia ' ( Madarij as-Salikin, 2/10 )




KONSEP ZUHUD MENURUT ISLAM

Zuhud adalah salah satu sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan iman dalam hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Berikut adalah ciri-ciri seorang yang zuhud :


  1. Sentiasa ingat akan hari kiamat
  2. Sibukkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah SWT, bukan dengan perkara dunia
  3. Yakin bahawa Allah selalu mengawasi kita dan hendaklah kita taat dan takut untuk berbuat maksiat
  4. Yakin bahawa rezeki Allah tidak akan diambil orang lain sehinggalah hati kita tenang dalam mencarinya
  5. Yakin bahawa kematian akan datang sehingga kita sibuk menyiapkan bekalan untuk menghadapi kematian






KONSEP ZUHUD MENURUT IMAM AL GHAZALI

Konsep Kehidupan Sederhana
Konsep harta
 kekayaan
Konsep
perkahwinan

Imam Al- Ghazali menyatakan bahawa setiap manusia  memerlukan keperluan asas bagi menjalani kehidupan seharian mereka. Keperluan asas yang paling utama seperti tempat tinggal, makanan serta pakaian. Imam Al ghazali telah menetapkan peringkat berdasarkan kemampuan mereka. Orang yang zuhud hanya mengambil kuantiti makanan sekadar untuk menahan lapar dan mengekalkan kekuatan untuk beribadah kepada Allah.

Imam Al Ghazali menerangkan bahawa zuhud adalah membenci dunia demi mencintai akhirat. Ini dapat dikaitkan dengan orang zuhud yang tidak mementingkan harta tetapi sebaliknya mereka berlumba-lumba untuk mencari keredhaan Allah dengan berkongsi harta yang ada dengan golongan yang kurang berkemampuan.
Menurut Imam Al-Ghazali, mereka yang zuhud dalam perkawinan mempunyai tujuan yang positif. Antaranya ialah, dapat menjaga keturunan dan mengelakkan kepupusan manusia. Selain itu, ia juga dapat memudahkan urusan mengemas rumah, memasak dan juga membasuh. Doa- doa anak yang soleh kepada ibu bapa juga sangat penting apabila kedua ibu bapa telah meningga dunia.










TINGKATAN-TINGKATAN ZUHUD


1. Zuhud yang paling rendah ialah zuhud dari perkara-perkara keduniaan, iaitu walaupun pembawaan dan kecenderungan kepada keduniaan itu masih ada dalam dirinya, tetapi ia berjihad untuk cuba mengelak darinya. Orang yang berada dalam tingkatan ini masih berada dalam bahaya iaitu sekiranya dia dikuasai maka dia akan terjerumus ke dalam lubuk keduniaan.

2. Zuhud yang pertengahan ialah apabila seseorang itu meninggalkan perkara-perkara keduniaan secara taat kepada hukum Allah s.w.t. Ini adalah untuk mengelakkan kehinaan dari perkara itu di samping kecenderungannya mencari ketaatan dan untuk mendapat keuntungan yang lebih dari Allah.



3.Zuhud yang paling tinggi ialah zuhud yang semata-mata taat kepada Allah dengan tidak ada sebarang pertimbangan yang lain. Baginya perkara dunia itu tidak ada nilai langsung. Ada atau tidaknya sama sahaja, jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat, dan dengan meninggalkan perkara itu dia tidak akan merasai apa-apa kesan pun. Zuhud dalam peringkat ini akan menyebabkan is merasa aman di dalam dirinya kerana kesempurnaan ma'rifatnya, dan tidak ada sebarang lintasan dalam dirinya terhadap perkara-perkara keduniaan itu.





CONTOH ZUHUDNYA NABI MUHAMMAD SAW

1.    Sabda Beliau dalam hadist shahih: “Seandainya aku memiliki emas sebesar gunung uhud, tak akan membuatku bahagia jika emas itu harus menetap ditempatku selama tiga hari. Akan aku bagikan sekian dan sekian, kecuali sedikit aku gunakan untuk membayar utangku”.
2.    Allah SWT pernah menawari Rasulullah s.a.w dua buah gunung untuk di ubah menjadi emas dan perak. Itu terjadi sepulangnya Rasul dari Thaif dalam keadaan bersedih dan murung. Akan tetapi, Rasulullah menjawab, “Tidak, Tuhanku, sehari saja kenyang, aku sudah memuji-Mu. Yang sedikit dan cukup itu lebih baik dari pada yang banyak tapi melenakan”.
3.    Sabda Rasulullah kepada Umar r.a saat dia masuk ke tempat Rasulullah dan menemukan Beliau tengah berbaring di atas kasur yang terbuat dari serabut. Menyaksikan itu, Umar berkata kepada beliau, “Kisra dan Kaisar tidur begini dan begitu, sementar engkau, Rasulullah, engkau hanya tidur begitu”
Rasulullah menjawab: “Untuk apa bagiku dunia, Umar. Aku di dunia ini ibarat seorang penunggang yang berteduh di bawah pohon, kemudian setelah itu meninggalkannya dan pergi”.



HIKMAH ZUHUD

1.Berasa tenang walaupun hidup di dalam keadaan yang sederhana.
2.Menjauhkan diri dari sifat rakus dalam mengumpul harta.
3.Menjadi seorang yang lebih mudah untuk memberi sedekah





RUJUKAN
·        https://konsultasisyariah.com/23514-apa-itu-zuhud-dan-bagaimana-cara-agar-zuhud.html
·        http://www.mindamadani.my/topik/kerohanian/item/53-konsep-zuhud-dalam-islam-suatu-renungan-di-alaf-baru.html
·        https://www.researchgate.net/publication/305476033_Konsep_Zuhud_Menurut_Imam_Ghazali
·        https://brainly.co.id/tugas/3326492#readmore
·        https://materikita.com/pengertian-zuhud-dan-contoh-perbuatan/
·        http://kumpulanmateriagama.blogspot.com/2016/02/contoh-dan-ciri-ciri-sikap-zuhud.html
·        http://www.mindamadani.my/topik/kerohanian/item/53-konsep-zuhud-dalam-islam-suatu-renungan-di-alaf-baru.html