Thursday, January 16, 2020

BERCAKAP PERKARA YANG SIA-SIA


PENDAHULUAN
Banyak berbicara akan menyebabkan seseorang itu cenderung untuk bercakap sesuatu yang sia-sia.
Akhirnya akan membawa kepada perbuatan mengumpat, menfitnah, mencela dan menyakiti orang lain yang akhirnya akan memjerumuskan kita ke arah perbuatan dosa dan maksiat. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya” - Surah Al-Isra’



CARA MENJAGA PERTUTURAN



  1. Bercakap perkara yang benar
  2. Bercakap perkara yang baik. Lebih baik diam dari berkata sesuatu yang sia-sia.
  3. Bercakap tentang perkara yang berfaedah.


KESAN BERCAKAP PERKARA YANG SIA SIA


  1. Menjadikan hati keras serta membawa akibat buruk kepada seseorang. Natijahnya, mereka akan suka dan gemar kepada perkara haram, bercakap yang sia-sia, mendengar dan melakukan perkara buruk kerana menjadi permainan syaitan.
  2. Menyebabkan manusia menghidap dua penyakit bahaya iaitu syubahat dan syahwat. Manusia akan dibayangi penyakit waswas terhadap kewajipan dilakukan. Meragukan terhadap ibadah yang kita lakukan ketika sedang dan selepas beribadah.



HIKMAH MENJAGA PERTUTURAN
Allah SWT menjamin syurga
Terhindar dari api neraka
Menunjukkan kemuliaan
Seorang yang soleh yang mampu menjaga lisannya untuk selalu digunakan untuk menyampaikan kebaikan, atau lebih baik diam daripada menyuarakan keburukan, maka Syurga lah yang akan menjadi jaminan dari Allah SWT untuknya.
Dalam sebuah hadits disebutkan, “Takutlah pada neraka, walau dengan sebiji kurma. Jika kamu tak punya maka katakanlah yang baik.” (Mutafaq ‘alaih). Maksud dari hadits tersebut adalah bahwa Allah telah menciptakan neraka sebagai balasan bagi mereka yang suka berbuat keburukan dan kerosakan selama hidupnya di dunia, termasuk berkata kufur kepada atau tentang Allah SWT.

Seseorang yang selalu menjadi tauladan terbaik kita, Rasulullah SAW, telah mencontohkan bagaimana orang begitu menghormati dan memuliakan beliau kerana terjaganya lisan beliau. Gelaran Al-Amin adalah sebuah gelaran yang tidak main-main. Julukan yang berarti “Orang Jujur” tersebut disematkan kepada Rasulullah sejak beliau masih muda, baik kaum Muslimin maupun kaum kafir mengakui kejujuran dan kesantunan tutur kata Rasulullah SAW.

 

SEBAB SEBAB DIBOLEHKAN MENGUMPAT  

Mengumpat adalah perkara mazmumah yang telah membarah dalam masyarakat. Ia boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat dan boleh mencetuskan perbalahan.
Walaupun kita mengetahui bahawa mengumpat adalah perkara yang haram, tetapi tahukah anda mengumpat juga dibenarkan syarak dalam kes-kes tertentu?

#1 – Apabila Berlaku Penganiayaan

Sesiapa yang mendapati dirinya dizalimi dibenarkan mengumpat dan menceritakan kepada hakim tentang penganiayaan yang dilakukan ke atas dirinya.

#2 – Membantu Mencegah Kemungkaran

Contohnya seorang pelajar mengumpat sahabatnya kepada ustaz di sekolah dengan tujuan agar si ustaz mampu mencegah perilaku buruk sahabatnya.

# 3– Mengambil Sikap Berjaga-Jaga

Jika contohnya jika kita menyebut tentang keaiban seorang pemuda yang menagih dadah kepada jiran baru kita. Hal ini perlu didedahkan supaya mereka boleh berjaga-jaga sekiranya si pemuda itu bertindak di luar batasan atau akan memudaratkan mereka.
Dalam hal ini kita tidak boleh berdiam diri kerana ianya membabitkan soal keselamatan dan keharmonian hidup berjiran.

# 4- Sebagai Tanda Pengenalan

Dalam hidup kita, ada insan yang diuji Allah dengan kekurangan yang terdapat pada fizikalnya. Contohnya tempang, pekak ataupun buta.
Orang yang berkenaan tidak akan marah kerana sudah mahsyur dengan gelaran tersebut. Contohnya:
Karim: “Samad, siapa yang jadi imam masa solat subuh tadi?”
Samad: “Oh! Pak Mat tempang. Awal betul dia sampai pagi tadi.”
Justeru, penggunaan ‘Pak Mat tempang’ adalah dibenarkan meskipun ia menggambarkan kekurangan fizikal beliau. Walaubagaimanapun jika ada panggilan yang lebih baik dan masih senang untuk beliau dikenali, maka panggilan itulah yang harus diutamakan.

#5 – Pelaku Maksiat Terang-Terangan

Mengumpat juga dibolehkan kepada orang yang melakukan kejahatan secara terang-terangan. Contohnya Ariel Sharon dan Bashar Al-Assad, mereka adalah antara golongan yang terang-terangan berbangga diri dengan kejahatan mereka membunuh saudara muslim kita di Palestin dan Syria.
Dalam konteks ini, keburukan mereka boleh disebarkan agar sebagai muslim, kita tidak mudah terpedaya dengan agenda musuh yang sering memerangi Islam.





Friday, January 3, 2020

APA ITU ZUHUD?



Video berkaitan Zuhud : https://youtu.be/NFPz1Wp6F6o

DEFINISI ZUHUD

Perkataan zuhud dipetik dari perkataan bahasa Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaan dan kekurangannya. Dari segi istilahnya, zuhud ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat dan mendekatkan diri dengan akhirat.

Imam Al-Junaid mengatakan :


' Orang yang zuhud tidak menjadi bangga kerana memiliki dunia dan tidak menjadi sedih kerana kehilangan dunia ' ( Madarij as-Salikin, 2/10 )




KONSEP ZUHUD MENURUT ISLAM

Zuhud adalah salah satu sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan iman dalam hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Berikut adalah ciri-ciri seorang yang zuhud :


  1. Sentiasa ingat akan hari kiamat
  2. Sibukkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah SWT, bukan dengan perkara dunia
  3. Yakin bahawa Allah selalu mengawasi kita dan hendaklah kita taat dan takut untuk berbuat maksiat
  4. Yakin bahawa rezeki Allah tidak akan diambil orang lain sehinggalah hati kita tenang dalam mencarinya
  5. Yakin bahawa kematian akan datang sehingga kita sibuk menyiapkan bekalan untuk menghadapi kematian






KONSEP ZUHUD MENURUT IMAM AL GHAZALI

Konsep Kehidupan Sederhana
Konsep harta
 kekayaan
Konsep
perkahwinan

Imam Al- Ghazali menyatakan bahawa setiap manusia  memerlukan keperluan asas bagi menjalani kehidupan seharian mereka. Keperluan asas yang paling utama seperti tempat tinggal, makanan serta pakaian. Imam Al ghazali telah menetapkan peringkat berdasarkan kemampuan mereka. Orang yang zuhud hanya mengambil kuantiti makanan sekadar untuk menahan lapar dan mengekalkan kekuatan untuk beribadah kepada Allah.

Imam Al Ghazali menerangkan bahawa zuhud adalah membenci dunia demi mencintai akhirat. Ini dapat dikaitkan dengan orang zuhud yang tidak mementingkan harta tetapi sebaliknya mereka berlumba-lumba untuk mencari keredhaan Allah dengan berkongsi harta yang ada dengan golongan yang kurang berkemampuan.
Menurut Imam Al-Ghazali, mereka yang zuhud dalam perkawinan mempunyai tujuan yang positif. Antaranya ialah, dapat menjaga keturunan dan mengelakkan kepupusan manusia. Selain itu, ia juga dapat memudahkan urusan mengemas rumah, memasak dan juga membasuh. Doa- doa anak yang soleh kepada ibu bapa juga sangat penting apabila kedua ibu bapa telah meningga dunia.










TINGKATAN-TINGKATAN ZUHUD


1. Zuhud yang paling rendah ialah zuhud dari perkara-perkara keduniaan, iaitu walaupun pembawaan dan kecenderungan kepada keduniaan itu masih ada dalam dirinya, tetapi ia berjihad untuk cuba mengelak darinya. Orang yang berada dalam tingkatan ini masih berada dalam bahaya iaitu sekiranya dia dikuasai maka dia akan terjerumus ke dalam lubuk keduniaan.

2. Zuhud yang pertengahan ialah apabila seseorang itu meninggalkan perkara-perkara keduniaan secara taat kepada hukum Allah s.w.t. Ini adalah untuk mengelakkan kehinaan dari perkara itu di samping kecenderungannya mencari ketaatan dan untuk mendapat keuntungan yang lebih dari Allah.



3.Zuhud yang paling tinggi ialah zuhud yang semata-mata taat kepada Allah dengan tidak ada sebarang pertimbangan yang lain. Baginya perkara dunia itu tidak ada nilai langsung. Ada atau tidaknya sama sahaja, jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat, dan dengan meninggalkan perkara itu dia tidak akan merasai apa-apa kesan pun. Zuhud dalam peringkat ini akan menyebabkan is merasa aman di dalam dirinya kerana kesempurnaan ma'rifatnya, dan tidak ada sebarang lintasan dalam dirinya terhadap perkara-perkara keduniaan itu.





CONTOH ZUHUDNYA NABI MUHAMMAD SAW

1.    Sabda Beliau dalam hadist shahih: “Seandainya aku memiliki emas sebesar gunung uhud, tak akan membuatku bahagia jika emas itu harus menetap ditempatku selama tiga hari. Akan aku bagikan sekian dan sekian, kecuali sedikit aku gunakan untuk membayar utangku”.
2.    Allah SWT pernah menawari Rasulullah s.a.w dua buah gunung untuk di ubah menjadi emas dan perak. Itu terjadi sepulangnya Rasul dari Thaif dalam keadaan bersedih dan murung. Akan tetapi, Rasulullah menjawab, “Tidak, Tuhanku, sehari saja kenyang, aku sudah memuji-Mu. Yang sedikit dan cukup itu lebih baik dari pada yang banyak tapi melenakan”.
3.    Sabda Rasulullah kepada Umar r.a saat dia masuk ke tempat Rasulullah dan menemukan Beliau tengah berbaring di atas kasur yang terbuat dari serabut. Menyaksikan itu, Umar berkata kepada beliau, “Kisra dan Kaisar tidur begini dan begitu, sementar engkau, Rasulullah, engkau hanya tidur begitu”
Rasulullah menjawab: “Untuk apa bagiku dunia, Umar. Aku di dunia ini ibarat seorang penunggang yang berteduh di bawah pohon, kemudian setelah itu meninggalkannya dan pergi”.



HIKMAH ZUHUD

1.Berasa tenang walaupun hidup di dalam keadaan yang sederhana.
2.Menjauhkan diri dari sifat rakus dalam mengumpul harta.
3.Menjadi seorang yang lebih mudah untuk memberi sedekah





RUJUKAN
·        https://konsultasisyariah.com/23514-apa-itu-zuhud-dan-bagaimana-cara-agar-zuhud.html
·        http://www.mindamadani.my/topik/kerohanian/item/53-konsep-zuhud-dalam-islam-suatu-renungan-di-alaf-baru.html
·        https://www.researchgate.net/publication/305476033_Konsep_Zuhud_Menurut_Imam_Ghazali
·        https://brainly.co.id/tugas/3326492#readmore
·        https://materikita.com/pengertian-zuhud-dan-contoh-perbuatan/
·        http://kumpulanmateriagama.blogspot.com/2016/02/contoh-dan-ciri-ciri-sikap-zuhud.html
·        http://www.mindamadani.my/topik/kerohanian/item/53-konsep-zuhud-dalam-islam-suatu-renungan-di-alaf-baru.html


Wednesday, December 18, 2019

APA ITU AKHLAK?


DEFINISI AKHLAK


Akhlak berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti tingkah laku, perangai atau tabiat. Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia.
Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : “Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran.” Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.


“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
 (Ar-Ra’d: 11)
Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan.


KONSEP PEMBENTUKAN AKHLAK


Terdapat dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk serta betul dan salah. Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar atau tidak dinilai dari segi hubungan mereka dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya. Segala tindakan manusia mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada mereka. Jika manusia mengamalkan akhlak yang buruk, mereka akan dikenakan azab di akhirat. Jadi akhlak yang baik hanya terikat dengan perbuatan dan tindakan manusia seperti berikut:
1. Dilakukan dengan sedar dan niat.
2. Dilakukan dengan ikhtiar sendiri.
3. Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.









PERBEZAAN AKHLAK, MORAL, ETIKA


AKHLAK

MORAL

ETIKA
Definisi 
Suatu keadaan atau sifat dalaman
Tingkahlaku yg sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat
Set peraturan dalam sesuatu masyarakat
Fokus
Menjurus kepada keadaan   dalaman(hati) seseorang yang akan membentuk tabiat luaran menerusi perbuatan.
Lebih menjurus kepada amalan dan perlakuan luaran yang dizahirkan seseorang.
Satu set peraturan yang berkait rapat dengan nilai-nilai moral serta kebiasaan sesuatu masyarakat.
Sumber
Bersumberkan al-Quran dan As-Sunnah
 Pengamatan atau pengalaman individu atau sesuatu kelompok masyarakat.
Tingkah laku atau kelakuan manusia
Ciri-Ciri
  • Kebajikan yang menyeluruh
  • Bersifat sederhana
  • Berbentuk duniawi
  • Menggunakan logik akal tanpa asas agama
  • Sentiasa berkembang dan beubah mengikut situasi dan masa
  • Berkait rapat dengan perbuatan manusia.
  • Terdapat cara pandang dari sisi   batiniah seseorang manusia.
        
Contoh

  • Menghormati orang yang lebih tua. 
  • Menghargai orang yang lebih muda. 

  • Membuang sampah ditempatnya
  • Tidak membuat kekacauan

  • Etika ketika bergaul (Hormati perasaan orang lain)
  • Etika berjiran (Menghormati jiran tetangga dan berkelakuan baik terhadap mereka)




KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN


Keteguhan umat Islam terletak pada akhlak mereka. Jadi akhlak perlu dijaga dengan betul bagi mengukuhkan suatu umat tersebut.  Antara kepentingan akhlak dalam kehidupan adalah: 
Negara
  • Melahirkan umat yang bertamadun dan dihormati. Hal ini dapat dilihat kerana akhlak yang baik dapat mewujudkan sebuah tamadun yang bertahan lama. Sebagai contoh, Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan akhlak mulia sehingga mampu menarik hati masyarakat terdahulu untuk memeluk islam.

Keluarga
  • Akhlak juga dapat membina sebuah keluarga yang sejahtera. Keluarga yang aman harmoni dibina dari akhlak yang mulia dan dijamin memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


 Individu
  • Akhlak juga menjadi lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Ini dapat dibuktikan melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " orang yang sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya".


IMAM AL-GHAZALI

Nama
Abu Hamad bin Muhamad bin Muhamad bin Ahmad Al-Ghazali
Gelaran
Al - Ghazali
Lahir
Al – Taabirau Ghazalah di Bandar Tus, Khurasa pada 1058 M
Wafat
Tus pada 1111 M
Etnik
Parsi
Karya
Ihya Ulumiddin, Al-Munqiz Min Ad-Dalal, Mizauul-Amal, Tahafut Al-Falasifah, Hidayah Al-Salikin


Teori Pembentukan Akhlak

Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
Beliau mengkonsepkan akhlak bermaksud akhlak atau moral tidak boleh dipisahkan kerana setiap perbuatan yang diambil tidak terlepas daripada hukuman sama ada terhadap diri/orang lain/benda lain iaitu adakah baik atau tidak tindakan tersebut. Akhlak dalam kehidupan manusia adalah sangat penting sehinggakan orang yang tidak bermoral merasakan perlu adanya suatu akhlak yang diakui oleh mereka supaya kehidupan menjadi lebih baik. Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa.





IMAM IBN MISKAWAYH

Nama
Ahmad Ibn Muhammad Miskawayh Razi
Gelaran
Ibn Maskawayh
Lahir
Kota Iran pada 932 M
Wafat
Isfahan , Iran pada 1030 M
Etnik
Parsi
Karya
Tadhib al-akhlaq , Al Fawz al-Asghar , Tarajib al umam


Teori Pembentukan Akhlak

Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
Ibnu Miskawayh memberikan pengertian akhlak  sebagai keadaan jiwa yang mendorong manusia untuk melakukan  perbuatan tanpa difikirkan sebelumnya. Menurutnya ada dua faktor  yang menjadi dasar pendidikan iaitu agama dan ilmu psikologi. Menurut Ibnu Miskawayh setidaknya ada tiga komponen penting agar pendidikan berjaya sebagaimana yang diharapkan, iaitu berhubungan dengan pendidik dan anak didik dan cara pendidikan akhlak. Dalam proses pendidikan diperlukan pendidik yang terhormat, berwibawa, arif dalam masalah agama, dan mengetahui ilmu psikologi dengan baik. Cara pendidikan yang efektif menurutnya iaitu dengan cara semulajadi atau menemukan kecenderungan anak didik, bimbingan, dan hukuman. Hukuman juga digunakan sebagai jalan terakhir  untuk mendidik jika cara-cara lain kurang efektif.






RUJUKAN