Video berkaitan Zuhud : https://youtu.be/NFPz1Wp6F6o
DEFINISI
ZUHUD
Perkataan zuhud
dipetik dari perkataan bahasa Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud
mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaan dan kekurangannya.
Dari segi istilahnya, zuhud ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat dan mendekatkan diri dengan akhirat.
Imam Al-Junaid mengatakan :
Imam Al-Junaid mengatakan :
' Orang yang zuhud tidak menjadi bangga kerana memiliki dunia dan tidak menjadi sedih kerana kehilangan dunia ' ( Madarij as-Salikin, 2/10 )
KONSEP ZUHUD
MENURUT ISLAM
Zuhud adalah salah
satu sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan
iman dalam hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Berikut adalah ciri-ciri
seorang yang zuhud :
- Sentiasa ingat akan hari kiamat
- Sibukkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah SWT, bukan dengan perkara dunia
- Yakin bahawa Allah selalu mengawasi kita dan hendaklah kita taat dan takut untuk berbuat maksiat
- Yakin bahawa rezeki Allah tidak akan diambil orang lain sehinggalah hati kita tenang dalam mencarinya
- Yakin bahawa kematian akan datang sehingga kita sibuk menyiapkan bekalan untuk menghadapi kematian
KONSEP ZUHUD MENURUT IMAM AL GHAZALI
Konsep Kehidupan
Sederhana
|
Konsep harta
kekayaan
|
Konsep
perkahwinan
|
Imam Al- Ghazali menyatakan bahawa setiap manusia memerlukan keperluan asas bagi menjalani
kehidupan seharian mereka. Keperluan asas yang paling utama seperti tempat
tinggal, makanan serta pakaian. Imam Al ghazali telah menetapkan peringkat
berdasarkan kemampuan mereka. Orang yang zuhud hanya mengambil kuantiti
makanan sekadar untuk menahan lapar dan mengekalkan kekuatan untuk beribadah
kepada Allah.
|
Imam Al Ghazali menerangkan bahawa zuhud adalah membenci dunia demi
mencintai akhirat. Ini dapat dikaitkan dengan orang zuhud yang tidak
mementingkan harta tetapi sebaliknya mereka berlumba-lumba untuk mencari
keredhaan Allah dengan berkongsi harta yang ada dengan golongan yang kurang
berkemampuan.
|
Menurut Imam Al-Ghazali, mereka yang zuhud dalam perkawinan mempunyai
tujuan yang positif. Antaranya ialah, dapat menjaga keturunan dan mengelakkan
kepupusan manusia. Selain itu, ia juga dapat memudahkan urusan mengemas
rumah, memasak dan juga membasuh. Doa- doa anak yang soleh kepada ibu bapa
juga sangat penting apabila kedua ibu bapa telah meningga dunia.
|
TINGKATAN-TINGKATAN ZUHUD
1. Zuhud yang paling rendah ialah zuhud dari perkara-perkara keduniaan, iaitu walaupun pembawaan dan kecenderungan kepada keduniaan itu masih ada dalam dirinya, tetapi ia berjihad untuk cuba mengelak darinya. Orang yang berada dalam tingkatan ini masih berada dalam bahaya iaitu sekiranya dia dikuasai maka dia akan terjerumus ke dalam lubuk keduniaan.
2. Zuhud yang pertengahan ialah apabila seseorang itu meninggalkan perkara-perkara keduniaan secara taat kepada hukum Allah s.w.t. Ini adalah untuk mengelakkan kehinaan dari perkara itu di samping kecenderungannya mencari ketaatan dan untuk mendapat keuntungan yang lebih dari Allah.
3.Zuhud yang paling tinggi ialah zuhud yang semata-mata taat kepada Allah dengan tidak ada sebarang pertimbangan yang lain. Baginya perkara dunia itu tidak ada nilai langsung. Ada atau tidaknya sama sahaja, jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat, dan dengan meninggalkan perkara itu dia tidak akan merasai apa-apa kesan pun. Zuhud dalam peringkat ini akan menyebabkan is merasa aman di dalam dirinya kerana kesempurnaan ma'rifatnya, dan tidak ada sebarang lintasan dalam dirinya terhadap perkara-perkara keduniaan itu.

CONTOH ZUHUDNYA NABI MUHAMMAD SAW
1. Sabda Beliau dalam hadist shahih: “Seandainya aku memiliki emas
sebesar gunung uhud, tak akan membuatku bahagia jika emas itu harus menetap
ditempatku selama tiga hari. Akan aku bagikan sekian dan sekian, kecuali
sedikit aku gunakan untuk membayar utangku”.
2. Allah SWT pernah menawari Rasulullah s.a.w dua buah gunung untuk di ubah
menjadi emas dan perak. Itu terjadi sepulangnya Rasul dari Thaif dalam keadaan
bersedih dan murung. Akan tetapi, Rasulullah menjawab, “Tidak, Tuhanku,
sehari saja kenyang, aku sudah memuji-Mu. Yang sedikit dan cukup itu lebih baik
dari pada yang banyak tapi melenakan”.
3. Sabda Rasulullah kepada Umar r.a saat dia masuk ke tempat Rasulullah dan
menemukan Beliau tengah berbaring di atas kasur yang terbuat dari serabut.
Menyaksikan itu, Umar berkata kepada beliau, “Kisra dan Kaisar tidur begini dan
begitu, sementar engkau, Rasulullah, engkau hanya tidur begitu”
Rasulullah menjawab: “Untuk apa bagiku dunia, Umar. Aku di dunia ini ibarat seorang penunggang yang berteduh di bawah pohon, kemudian setelah itu meninggalkannya dan pergi”.
Rasulullah menjawab: “Untuk apa bagiku dunia, Umar. Aku di dunia ini ibarat seorang penunggang yang berteduh di bawah pohon, kemudian setelah itu meninggalkannya dan pergi”.
HIKMAH ZUHUD
1.Berasa tenang
walaupun hidup di dalam keadaan yang sederhana.
2.Menjauhkan diri
dari sifat rakus dalam mengumpul harta.
3.Menjadi seorang
yang lebih mudah untuk memberi sedekah
RUJUKAN
·
https://konsultasisyariah.com/23514-apa-itu-zuhud-dan-bagaimana-cara-agar-zuhud.html
·
http://www.mindamadani.my/topik/kerohanian/item/53-konsep-zuhud-dalam-islam-suatu-renungan-di-alaf-baru.html
·
https://www.researchgate.net/publication/305476033_Konsep_Zuhud_Menurut_Imam_Ghazali
·
https://brainly.co.id/tugas/3326492#readmore
·
https://materikita.com/pengertian-zuhud-dan-contoh-perbuatan/
·
http://kumpulanmateriagama.blogspot.com/2016/02/contoh-dan-ciri-ciri-sikap-zuhud.html
·
http://www.mindamadani.my/topik/kerohanian/item/53-konsep-zuhud-dalam-islam-suatu-renungan-di-alaf-baru.html
No comments:
Post a Comment